Sunday, January 29, 2012

Dinosaur

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
(Al An'aam : 32)
Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
(Al-Baqarah : 30)
Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Al-Baqarah : 164)
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
(Luqman : 10).
Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini. 


Sunday, January 15, 2012

Tips berjimat Cermat


Tip pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.

Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.

Tip kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.

Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.

Tip ketiga :  Simpan resit bagi setiap pembelian.

Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.

Tip keempat : simpan wang yang tidak di gunakan.

Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.




Tip kelima : Elakkan hutang

Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.

Tip keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.

Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.

Tip ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.

Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.

Tip kelapan : Sertai aktiviti kampus.

Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.

Tip kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?

Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.

Tip kesepuluh ; Amalkan hidup sihat.

Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.